hi :)

Petua Penjagaan Badan Untuk Suri Rumah

a. Di zaman moden ini banyak jenis makanan yang boleh membawa kemudaratan jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah anda prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada andaa, sewajarnya anda mengambil sikap berhati-hati. 

b. Manakala bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting, keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat. 

A. Ubah cara pemakanan anda yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah seperti berikut: 

1. Apa yang anda ambil untuk sarapan di waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan di tengah hari dibawa dan dimakan di waktu pagi.

2. Pada waktu tengah hari, jangan makan makanan yang mengenyangkan. Cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.

3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.

4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga, cukup sekadar segelas susu atau buah-buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat). 

B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis). Anda mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang anda hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika anda berpuasa, elok kalau anda melakukan senaman.
kongsi dari lamanklik sini
sharing is caring 
:)

Tazkirah Jumaat (episod 7)

Salam Ramadhan :)

Alhamdulillah dah masuk hari ke 17 ramadhan

semoga kita mendapat pengampunan dari ALLAH dan sentiasa dimurahkan rezeki..aamiin

mari kita renungkan......


ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian.
ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dlm kesakitan. 
Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yg kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yg lebih baik..InsyaALLAH.
Ustaz Don Daniyal




beautiful

share from heart touching image 

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia

kongsi dari laman muka buku Ustaz Don Daniyal

Amalkan :)
sharing is caring


Tazkirah Jumaat (episod 6)

Assalamualaikum
salam jumaat :)
salam ramadhan :)

Mari renungkan :)

Tips kejayaan: 

Bangun pagi walau belum mendapat sesen duit ucapkanlah 'Alhamdulillah' untuk nafas yg masih dipanjangkan bagi kita terus beribadah and mencari rezeki yg halal. Allah suka umat yg berterima kasih... mudahan doa kita hari ini dimakbulkan... 
Ameen.

kongsi dari sis Felinna
sharing is caring :)


kekadang.....

kita harus melepaskan sesuatu yang kita suka itu pergi dan pergi
kerana
ianya bukan untuk diri kita...............
belajar untuk terima dengan redha

Tazkirah Jumaat (episod 5)

Assalamualaikum
alhamdulillah , pagi jumaat yang sangat indah
thank you ALLAH.

jom kita renungkan
Daripada Anas r.a, Baginda saw bersabda: "Bersahurlah kamu. Sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat".
( H.R Bukhari dan Muslim ) 

 kongsi dari laman muka buku USTAZ DONSALAM RAMADHAN

Cara solat terawih sendirian

perkongsian dari Islam Itu Indah
Cara solat terawih sendirian
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,

Soalan;

1. Bagaimanakah cara melakukan solat tarawih bersendirian?

2. Adakah selawat selepas setiap dua rakaat solat tarawih itu perlu dan bolehkah jika tidak berselawat.

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, sama seperti dalam solat yang lain. Oleh sebab solat terawih dilakukan dua rakaat-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, 20 atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Selawat itu bukanlah sabit daripada amalan Nabi SAW secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

10/07/2013 bersamaan 1 Ramadhan 1534 H


SALAM RAMADHAN
SELAMAT BERPUASA :)

INGAT LAH WAHAI TEMAN


Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Jangan takut miskin bila bersedekah. Sebab duit/harta yang kita sedekah itu adalah SAHAM AKHIRAT. Murahkan sedekah, Allah akan melipatgandakan rezeki yang kita ada. Insya Allah...

Ustaz Don Daniyal

FATWA MEROKOK

kongsi dari laman muka buku klik sini

sharing is caring :)

Winnie The Pooh 2 Winnie The Pooh 2 Winnie The Pooh 2