hi :)

Jangan putus asa

Hadapi segala ujian yang mendatang dengan penuh keredhaan dan kesabaran
hidup ada pasang surutnya
hidup ada jatuh bangunnya
yang penting
jangan mudah mengalah & putus asa :)

Tazkirah Jumaat (episod 20)

ASSALAMUALAIKUM

Bahagia itu sebenarnya apabila kita menangis kerana Allah, ketawa kerana Allah, bersyukur kerana Allah dan bersabar kerana Allah, Itulah bahagia yang sebenarnya ..




JIKA KAMU MAHU

Jika orang lain boleh buat
kenapa kita tidak boleh?

UBAH DAN BERUBAH
>
>
>
>
> FIKIRKAN BOLEH



Tazkirah Jumaat (episod 19)

Assalamualaikum

CARA BERKASIH SAYANG mengikut SUNNAH RASULULLAH SAW:

1. Tidur satu selimut bersama isteri 
2. Memakai wangi-wangian 
3. Mandi bersama isteri 
4. Menyikat rambut suami 
5. Membantu isteri di dapur 
6. Minum bergantian pada tempat yang sama 
7. Membelai isteri 
8. Tidur dipangkuan isteri 
9. Memanggil dengan kata-kata mesra 
10. Berjalan berpegangan tangan


4 PERKATAAN

SAYA RINDU KELUARGA SAYA :)

Tazkirah Jumaat (episod 18 ) bersangka baik

Assalamualaikum

Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin dengan 2 anak. Satu malam tiba-tiba mati lampu, dgn bantuan cahaya handphone dia ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba ada yg mengetuk pintu, ternyata anak miskin sebelah rumah. Anak itu bertanya dengan risau : "Kakak, ada lilin tak?"

Gadis itu berfikir : JANGAN PINJAMKAN nanti jadi satu kebiasaan, maka si gadis berteriak, "TIDAK ADA!!".

Ketika itulah si anak miskin berkata riang: "Saya sudah duga kakak tidak ada lilin. Ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami bimbang kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."
Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.

Janganlah kita mudah BERPRASANGKA, dan Kerana bergantung kepada berapa banyak kita ADA, tetapi berapa banyak KITA BOLEH MEMBERI.


love kak fel,,,rujuk share


SEDEKAH

Sedekah itu amatlah penting dan ia adalah bagi menjemput Rezeki yang Berterusan. Tidak semestinya sedekah itu hanya pada wang ringgit ia juga boleh berbentuk :
- ILMU
- PERBUATAN
- SENYUMAN
Dan sebagainya.
Yang penting bersedekahlah dengan ikhlas dan redha...


Tazkirah Jumaat (episod 17)

As salamu'alaikum shbt yg mulia. Di antara kaedah MERAWAT HATI YANG SAKIT:
1. Jaga solat 5 waktu & banyakkan solat2 sunat.
2. Lakukan solat taubat setiap hari & istighfar minimum 70 X sehari
3. Baca Quran & hayati makna setiap hari
4. Bersangka baik & maafkan semua org sebelum tidur
5. Menangis & insaf akan dosa2 yg lalu
6. Berbuat baik kpd ibubapa & mohon doa drp ibubapa
7. Berpuasa sekerap mungkin
8. Berdamping dgn org2 soleh & alim ulama'
9. Jauhi org2 yg sakit hati atau busuk hati agar terhindar aura -ve
10. Doa sungguh2 utk murnikan hati, terutama semasa Qiamullail
11. Ziarah org miskin, anak yatim, rumah org tua atau rumah ahli keluarga
12. Masuk majlis ilmu di masjid/ surau atau kelas agama
13. Zikrullah & banyakkan berselawat atas Nabi SAW
14. Sedekah kepada golongan yg miskin
15. Sentiasa ingat ttg kematian-- mana tahu kita mati hari ini!
16. Pastikan kita makan benda yg benar2 halal & baik
17. Lakukan usha dakwah setakat kemampuan
Moga Allah rawat hati kita & jadikan kita insan yg redha & bersyukur. Aameen, wassalam.
kongsi dari sini
salam jumaat :)


Winnie The Pooh 2 Winnie The Pooh 2 Winnie The Pooh 2