hi :)

Tazkirah Jumaat (episod 25)

Assalamualaikum
salam jumaat

Bila dapat 'musibah' yang rasa tak patut kita dapat, kita tanya "kenapa mesti aku? Apa salahku?"
Tapi bila dapat rezeki 'terpijak' tanpa usaha apa-apa, ada kita tanya "kenapa mesti aku dapat rezeki ni?"??
Sedangkan kedua-dua dari Dia Yang Maha Adil dan Bijaksana.
Sebenarnya kita yang me'label' sesuatu itu sebagai baik dan buruk.
Di sisi Dia yang Maha Mengatur dan Maha Mengetahui - Semua sempurna apa adanya.
All is well
Terima kasih Ya Allah! ~ Dipetik dari Diyana Tahir


Buat sesuatu perkara hanya kerana ALLAH



Segala amalan memberi makna bila niat hanya kerana Allah.
Jika tidak alangkah sia-sianya nyawa kita hari ini
jika hanya mencari penghargaan manusia. .


Tazkirah Jumaat (episod 24)




Jangan pernah putus asa untuk bertaubat setiap detik waktu 
kerana 
Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun... 
Ustaz Don Daniyal


Renungan bersama

“Syukuri yang sedikit, Allah akan memberi yang banyak. 
Buat dulu yang termampu, Allah akan bantu untuk membuat yang tidak termampu. Amal dulu ilmu yang ada, nanti Allah akan memberi ilmu yang tiada. 
Cubalah sedaya upaya untuk merasa bahagia dengan membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain. 
Apabila mampu melakukan ketaatan… katakan alhamdulillah. 
Apabila terlanjur melakukan kejahatan…ucapkan astaghfirullah. 
Syukur dan taubat adalah penawar kelelahan diri… di jalan mujahadah!”
— Ust Pahrol


Tazkirah Jumaat (episod 23)

Assalamualaikum



Tip Murah Rezeki

Pernah tak anda mengalami sesuatu peristiwa seperti ini...

-Didatangi oleh peminta sedekah merayu-rayu pada anda
-Ada kucing datang mendekati anda kerana kelaparan
-Didatangi anak2 yatim meminta sedikit wang daripada anda dalam keadaan terdesak
-Diminta oleh ibu ayah anda agar pulang ke kampung kerana dah lama sangat tak balik

Jika pernah, pastikan anda tunaikan permintaan2 seperti ini. Pasal itulah sebenarnya 'cara' Allah SWT nak memberi anda 'rezeki lebih'. Rezeki di sini bukan bermaksud wang sahaja. Ia boleh jadi kesihatan, keselamatan, ketenangan, kebahagiaan...

Ketahuilah... Boleh jadi dengan berbuat baik pada binatang seperti memberi kucing kelaparan makan akan 'mengubah' takdir buruk anda pada hari berkenaan kepada takdir baik. Jangan tak tahu... Walaupun binatang seperti kucing tak boleh bercakap seperti kita, tetapi mereka juga 'mampu berdoa' pada Ilahi dalam bahasa mereka sendiri. Cuma kita jer yang 'tak faham' dan 'tak dengar' bahasa doa mereka.

Begitulah juga hal dengan ibu bapa. Boleh jadi permintaan ibu bapa meminta anda balik kampung itu adalah 'permintaan terakhir' sebelum mereka pergi ke rahmatullah. Jadi, penuhilah permintaan mereka. Dan boleh jadi dengan memenuhi permintaan mereka, anda akan 'terselamat' daripada menjadi seorang anak derhaka. Itulah tanda Allah SWT masih sayang kepada anda.

Sesekali mesti anda pernah mengalami situasi didatangi peminta sedekah. Itu bermakna Allah SWT ingin memberi 'rezeki lebih' kepada anda. Kedatangan peminta sedekah itu hanyalah 'ujian' untuk menguji keimanan anda. Sekiranya anda jenis tak berhati perut dan berbelas kasihan apatah lagi melayan biadap kepada golongan2 ini, boleh jadi itu menjadi 'sebab' kenapa rezeki anda 'disekat' oleh Allah SWT. Jadi, berhati-hatilah... Jika anda boleh 'biadap' dengan hamba-hamba-Nya, tidak mustahil Allah SWT juga akan 'biadap' juga dengan anda. Renung-renungkanlah... Cuba belajar berfikir di 'luar kotak' sesekali. Jangan asyik fikir 'dalam kotak' jer. Bereh!



buat pilihan atau cari alasan


Petikan Buku Refleksi DiriProf Dr Muhaya:

"Dalam kehidupan, kita boleh pilih antara membuat pilihan atau mencari alasan. Semakin banyak alasan yang kita beri, semakin tinggi ego kita untuk memberi alasan atas perkara yang kita tidak boleh dan tidak mahu buat"

Tazkirah Jumaat (episod 22)

" FIKIR YANG BAIK-BAIK
DENGAR YANG BAIK-BAIK
CAKAP YANG BAIK-BAIK
SANGKA YANG BAIK-BAIK

INSYA'ALLAH PASTI YANG BAIK-BAIK DATANG DALAM HIDUP KITA "


Tazkirah Jumaat (episod 21)


Apabila emosi menguasai diri kita selalu mudah terkeluar kata-kata kurang elok, jadi apabila emosi menguasai diri, kita perlu gosok dada dan ucap "Astaghfirullah" berulangkali... Insyallah hati akan menjadi tenang
Winnie The Pooh 2 Winnie The Pooh 2 Winnie The Pooh 2