hi :)

Tazkirah Jumaat (episod 37)

Orang yang bersedekah takkan jatuh miskin dan yang kedekut bersedekah takkan jadi kaya... 
Ayuh kita banyakkan bersedekah dengan hati yang ikhlas...


Tazkirah Jumaat (episod 36)

Gembiralah bila orang lain gembira, bahagialah bila orang lain bahagia. Jika anda ingin berjaya dalam apa sahaja yang anda lakukan, belajarlah doakan orang lain berjaya! Rezeki Allah swt Maha Luas dan tidak akan kering air di lautan hanya sebab kita mencedok segayung air darinya.  #DAO





Tazkirah Jumaat (episod 35)

Assalamualaikum
jom jadi Jutawan Akhirat 
1) Sedekah - Pendapatan pasif pahala sbg bekalan akhirat
2) Ilmu yg bermanfaat
3) Anak-anak soleh yg sentiasa mendoakan

by :DAO

Tazkirah Jumaat (episod 34)

Assalamualaikum
salam jumaat

WAKTU - WAKTU TERKABULNYA DO'A YANG SEHARUSNYA ANDA KETAHUI:

1. Ketika sahur atau sepertiga malam terakhir
2. Ketika berbuka puasa
3. Ketika malam lailatul qadar
4. Ketika adzan berkumandang
5. Di antara adzan dan iqamah
6. Ketika sedang sujud dalam shalat
7. Ketika sebelum salam pada shalat wajib
8. Di hari Jum’at
9. Ketika turun hujan
10. Hari Rabu antara Dzuhur dan Ashar
11. Ketika Hari Arafah
12. Ketika Perang Berkecamuk
13. Ketika Meminum Air Zam-zam


Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Cara Betul



1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Winnie The Pooh 2 Winnie The Pooh 2 Winnie The Pooh 2