hi :)

Tazkirah Jumaat (episod 10)

9 Syawal 1434H
Salam Jumaat

jom renungkan bersama

Masuk Syurga Tanpa Hisab.

Ada 3 golongan yang solat berjema'ah di masjid yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab:

Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi dia sudah berada di dalam masjid (menunggu azan di masjid).

Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan.

Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke masjid tempat azan dikumandangkan.
kongsi dari rujukan
sharing is caring


say Hi :)

share from here
sharing is caring


Tujuh (7) Kalimah Penghapus Dosa :

Barang siapa hafal tujuh kalimah ini, ia akan dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat, serta diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih lautan.

1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap ketika hendak memulakan atau melakukan sesuatu.

2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap ketika selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap “Insya-Allah” jika merancangkan sesuatu pada hari ini atau esok hari.

5. Mengucap “Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billah” jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai ataupun tak diingini.

6. Mengucap “Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'uun” jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap “Laa IlaaHa Illa Allah Muhammadur Rasulullah” sepanjang siang dan malam, sehingga ianya tidak terpisah daripada lidahnya.
sharing is caring


Tazkirah Jumaat (episod 9)

Assalamualaikum...

2 Syawal 1434H

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, dan kemudian meneruskannya dengan enam hari pada bulan Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa setahun"

( Hadis Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah )
rujuk sini

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dah masuk hari kedua syawal :)
alhamdullilah
mohon ampun maaf salah silap
semoga kalian semua bergaya dan happy di hari raya :)
salam aidilfitri



Winnie The Pooh 2 Winnie The Pooh 2 Winnie The Pooh 2