hi :)

TANGGAL 31 OGOS 2013


Selamat menyambut kemerdekaan
yang ke 56 tahun :)
Tema tahun ini
"Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku "

Merdeka Merdeka Merdeka

Alhamdulillah, semoga negara kita terus aman dan damai.



Tazkirah Jumaat (episod 12)

Assalamualaikum
Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih..
pilihlah untuk senyum,walaupun kita memiliki sebab untuk muram,
pilihlah untuk bangkit walaupun kita telah jatuh dan malu,
pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa,
kerana ingatlah..Allah sentiasa bersama orang yang bersabar
sharing is caring


Ingat lah wahai teman

“Jika seseorang meninggal dunia, 
maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)
kongsi dari sini
sharing is caring


Bila waktu terus berlalu

Assalamualaikum
have a nice day :)

Dah nak masuk penghujung ogos :)
Bulan kemerdekaan :)
lagi 4 bulan nak menutup tirai tahun 2013
sangat sedih
semoga segala impian dan harapan akan terlaksana
DOA
USAHA 
IKHTIAR
TAWAKAL

YOU CAN DO IT 

jangan pandang belakang yakni masa lampau
tumpukan masa sekarang
kerana
bila waktu terus berlalu
segala apa yang kita impikan makin dekat ataupun makin jauh
bergantung pada usaha kita :)



jodoh

Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu.

( Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri )
- Ustaz Azhar Idrus

sharing is caring 


Tazkirah Jumaat (episod 11)

Assalamualaikum ....
alhamdulillah dah syawal ke 16 :)
salam jumaat :)
semoga hari ini memberi sinar kebahagiaan dan murah rezeki ..aamiin
Fikir yang baik-baik,
jom jadi orang baik :)



Jangan mengumpat ,tak baik tau

renungkan bersama :
Setiap kali kita mengumpat cubit tangan atau pipi kita. Jadi pemerhati diri bukan mencari silap orang.
by  Prof Dr Muhaya
:)

Tazkirah Jumaat (episod 10)

9 Syawal 1434H
Salam Jumaat

jom renungkan bersama

Masuk Syurga Tanpa Hisab.

Ada 3 golongan yang solat berjema'ah di masjid yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab:

Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi dia sudah berada di dalam masjid (menunggu azan di masjid).

Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan.

Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke masjid tempat azan dikumandangkan.
kongsi dari rujukan
sharing is caring


say Hi :)

share from here
sharing is caring


Tujuh (7) Kalimah Penghapus Dosa :

Barang siapa hafal tujuh kalimah ini, ia akan dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat, serta diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih lautan.

1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap ketika hendak memulakan atau melakukan sesuatu.

2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap ketika selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap “Insya-Allah” jika merancangkan sesuatu pada hari ini atau esok hari.

5. Mengucap “Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billah” jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai ataupun tak diingini.

6. Mengucap “Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'uun” jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap “Laa IlaaHa Illa Allah Muhammadur Rasulullah” sepanjang siang dan malam, sehingga ianya tidak terpisah daripada lidahnya.
sharing is caring


Tazkirah Jumaat (episod 9)

Assalamualaikum...

2 Syawal 1434H

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, dan kemudian meneruskannya dengan enam hari pada bulan Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa setahun"

( Hadis Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah )
rujuk sini

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dah masuk hari kedua syawal :)
alhamdullilah
mohon ampun maaf salah silap
semoga kalian semua bergaya dan happy di hari raya :)
salam aidilfitri



BE STRONG

Pain makes you stronger, tears makes you braver, and heartbreaks makes you wiser, so thank the past for a better future.!!
share from : unique quotes
sharing is caring 

Tips Anak Soleh


  1. kiriman Al fatihah
  2. bercakap dengan anak ketika anak sedang tidur
  3. solat hajat
  4. minta dikasihani
  5. peluk anak selalu
  6. sentiasa memaafkan anak
  7. jaga tutur kata
  8. doa untuk anak
  9. sentiasa mengingatkan anak agar menjadi anak soleh
  10. niat yang baik untuk anak
sharing is caring
AMALKAN YE :)

:)

"Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. 
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. 
Bukan kekasih namanya, jika hati tidak pernah merindui dan berasa cemburu."
kongsi dari sini
sharing is caring

Tyrolsko, Rakousko, Austria

Subhanallah, indahnya tempat ini :)
so beautiful

share from here
sharing is caring :)


Tazkirah Jumaat (episod 8)

Assalamualaikum
Alhamdulillah
dah masuk 10 Ramadan yang terakhir
lagi berapa hari nak raya...
sedihnya nak tinggalkan bulan mulia ini..huhu
semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh Allah
semoga juga kita dapat bertemu malam Lailatul Qadar..aamiin

Firman Allah swt :

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
( Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5 )
Rujukan sini
sharing is caring :)


Doa di malam Lailatul Qadar

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, sesungguhnya engkau maha pengampun dan amat suka memberi ampun, 
maka berilah daku keampunan.
aamiin aamiin aamiin ya rabbal alamin
Rujukan sini



Winnie The Pooh 2 Winnie The Pooh 2 Winnie The Pooh 2