hi :)

Tazkirah Jumaat (episod 23)

Assalamualaikum



Tip Murah Rezeki

Pernah tak anda mengalami sesuatu peristiwa seperti ini...

-Didatangi oleh peminta sedekah merayu-rayu pada anda
-Ada kucing datang mendekati anda kerana kelaparan
-Didatangi anak2 yatim meminta sedikit wang daripada anda dalam keadaan terdesak
-Diminta oleh ibu ayah anda agar pulang ke kampung kerana dah lama sangat tak balik

Jika pernah, pastikan anda tunaikan permintaan2 seperti ini. Pasal itulah sebenarnya 'cara' Allah SWT nak memberi anda 'rezeki lebih'. Rezeki di sini bukan bermaksud wang sahaja. Ia boleh jadi kesihatan, keselamatan, ketenangan, kebahagiaan...

Ketahuilah... Boleh jadi dengan berbuat baik pada binatang seperti memberi kucing kelaparan makan akan 'mengubah' takdir buruk anda pada hari berkenaan kepada takdir baik. Jangan tak tahu... Walaupun binatang seperti kucing tak boleh bercakap seperti kita, tetapi mereka juga 'mampu berdoa' pada Ilahi dalam bahasa mereka sendiri. Cuma kita jer yang 'tak faham' dan 'tak dengar' bahasa doa mereka.

Begitulah juga hal dengan ibu bapa. Boleh jadi permintaan ibu bapa meminta anda balik kampung itu adalah 'permintaan terakhir' sebelum mereka pergi ke rahmatullah. Jadi, penuhilah permintaan mereka. Dan boleh jadi dengan memenuhi permintaan mereka, anda akan 'terselamat' daripada menjadi seorang anak derhaka. Itulah tanda Allah SWT masih sayang kepada anda.

Sesekali mesti anda pernah mengalami situasi didatangi peminta sedekah. Itu bermakna Allah SWT ingin memberi 'rezeki lebih' kepada anda. Kedatangan peminta sedekah itu hanyalah 'ujian' untuk menguji keimanan anda. Sekiranya anda jenis tak berhati perut dan berbelas kasihan apatah lagi melayan biadap kepada golongan2 ini, boleh jadi itu menjadi 'sebab' kenapa rezeki anda 'disekat' oleh Allah SWT. Jadi, berhati-hatilah... Jika anda boleh 'biadap' dengan hamba-hamba-Nya, tidak mustahil Allah SWT juga akan 'biadap' juga dengan anda. Renung-renungkanlah... Cuba belajar berfikir di 'luar kotak' sesekali. Jangan asyik fikir 'dalam kotak' jer. Bereh!



No comments:

Post a Comment

Winnie The Pooh 2 Winnie The Pooh 2 Winnie The Pooh 2